Masalah Air Kelantan Selesai Menjelang 2050, Setakat Ini 72 Peratus Rakyat Terima Air Terawat

Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan bekalan air yang lebih stabil dan menyeluruh apabila kerajaan negeri menyasarkan untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah bekalan air di negeri ini menjelang tahun 2050.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin berkata, ketika ini hanya 72 peratus rakyat di Kelantan dapat menikmati bekalan air terawat dan berkualiti.

“Bagi mencapai sasaran 100 peratus pengguna, kita perlu menyediakan kuantiti serta punca air yang mencukupi. Justeru, kita menggalakkan semua rakyat menggunakan air terawat.

“Kita menjangkakan bekalan air mencukupi dengan kualiti yang lebih baik menjelang 2025,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Chupak, Gua Musang.

Menurut beliau, setakat ini projek-projek di bawah Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) masih berada dalam landasan perancangan berdasarkan tempoh penyiapan yang telah ditetapkan.



Izani turut memaklumkan terdapat enam projek Loji Rawatan Air (LRA) yang sedang dalam proses pembinaan bagi menampung keperluan kapasiti bekalan air negeri.

Sumber: Kosmo, Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!