Bazar Tok Guru Kota Bharu ‘Lingkup’, Peniaga Tutup Premis Akibat Jualan Merudum

Urus niaga di Bazar Tok Guru, Kota Bharu bukan lagi disifatkan sebagai ‘nyawa-nyawa ikan’, sebaliknya boleh dikatakan sudah ‘lingkup’ apabila ramai peniaga mendakwa terpaksa menutup premis jualan, lapor Utusan.

Situasi itu susulan jualan di premis berkenaan yang jatuh mendadak, selain peniaga turut berdepan tunggakan sewa kedai yang gagal dilunaskan akibat kekurangan pelanggan.

Tinjauan mendapati kebanyakan peniaga lebih banyak berehat sambil termenung menanti kehadiran pelanggan, dalam keadaan persekitaran bazar yang semakin lengang.

Sebahagian peniaga turut mengakui terpaksa berdepan persaingan hebat dengan jualan secara dalam talian, yang menyebabkan pelanggan semakin kurang hadir secara fizikal ke premis jualan.



Keadaan itu menjadikan ramai peniaga tidak lagi mampu menampung kos operasi, seterusnya memaksa sebahagian daripada mereka mengambil keputusan menutup premis perniagaan masing-masing.

Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

Tiada Ternakan Babi Komersial Di Kelantan
|
Menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar…
Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Kereta Dipercayai Warga Myanmar Di Ketereh
|
Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah…
Kes Bunuh OKU Di Bachok: Dua Suspek Rakan Mangsa Ditahan, Ada Rekod Dadah
|
Dua lelaki yang direman enam hari pada Ahad bagi…
Murid Tahun 6 Meninggal Dunia Selepas Pengsan Baca Yasin Di Sekolah Rupanya Baru Kehilangan Ibu
|
Kisah keluarga adik Darwisy yang meninggal dunia semalam benar-benar…
Manuskrip Tok Kenali Bongkar Warisan Islam Nusantara
|
Warisan Islam di Nusantara membuktikan sempadan geografi bukan penghalang…
Ramai Masih Keliru, Ini Beza Passport Dan Border Pass Kalau Nak Ke Thailand
|
Ramai rakyat Malaysia yang merancang percutian ke Thailand masih…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!