Tiga lelaki disahkan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 55, Jalan Gua Musang–Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh, Gua Musang, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Setakat ini, identiti semua mangsa yang terlibat masih belum dikenal pasti dan usaha mengeluarkan mangsa masih giat dijalankan oleh pihak bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh, berkata kemalangan berkenaan turut mengakibatkan dua lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 tengah hari sebelum seramai 11 anggota termasuk pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kemalangan melibatkan enam mangsa daripada tiga buah kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber: Utusan
SHARE:
