Tak Sempat Jejak Hari Pertama Sekolah, Pelajar Tingkatan Tiga Maut Dirempuh Kereta

Hasrat seorang pelajar Tingkatan Tiga untuk memulakan sesi persekolahan baharu berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kepong, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Mangsa, Noor Hazimi Noor Hashim, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.55 pagi berhubung kejadian itu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dari arah stesen minyak Caltex Pengadang Baru dirempuh sebuah kereta Perodua Axia yang datang dari arah Kampung Serada menghala ke Titian Baru, Tepoh, Kuala Nerus.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang bergerak lurus dirempuh oleh pemandu kereta dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Niat Ambil Adik Ke Sekolah Tak Kesampaian

Dalam pada itu, bapa mangsa, Noor Hashim Puteh, 55, berkata ketika kejadian, anak lelakinya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Belukar Sukai selepas mengisi minyak di stesen minyak Caltex yang terletak kira-kira lima kilometer dari kediaman mereka.

Menurutnya, mangsa berhasrat mengambil adik perempuannya yang berusia 14 tahun untuk ke sekolah bersama menaiki motosikal.

“Saya keluar rumah sekitar jam 6.35 pagi dan terima panggilan kira-kira setengah jam kemudian.

“Tak sangka perkara ini berlaku kerana arwah sudah biasa menunggang motosikal ke sekolah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.



Sumber: Sinar Harian

Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

Ahli Parlimen Machang Dipecat Bersatu Berkuat Kuasa Serta-Merta
|
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal…
Media Dedahkan Anggaran Gaji Dan Pegangan Saham Azam Baki
|
Isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…
Wanita Hamil Tujuh Bulan Maut Dihentak Suami Guna Lesung Batu
|
Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya…
MB Kelantan Bertemu PM Di Putrajaya Perkukuh Kerjasama Negeri–Persekutuan
|
Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud mengadakan pertemuan bersama…
Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Ditetapkan Pada Selasa, 17 Februari
|
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan ibadah…
Peniaga Bazar Ramadan Tidak Pamer Harga Berdepan Tindakan Dalam 24 Jam -KPDN
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan