“Saya Nampak Dia Melambai Minta Tolong” – Jiran Sebak Warga Emas Maut Terbakar

Luluh hati seorang suri rumah apabila melihat jirannya yang juga warga emas merayu meminta tolong dari dalam rumah yang sedang terbakar di Jalan Tok Guru, Kota Bharu.

Dalam kejadian petang tadi, warga emas dikenali sebagai Kak Zah, 70, disahkan meninggal dunia.

BERKAITAN: Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Rumah Berhampiran Hotel Pacific Kota Bharu



Jiran mangsa, Anis Suriati Mohamed, 45, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika dia sedang minum petang bersama keluarga di rumah.

Menurutnya, dua dentuman kuat pada awalnya disangka pertengkaran, sebelum menyedari bunyi tersebut datang dari bumbung rumah jiran yang runtuh akibat kebakaran.

“Pada mulanya saya sangka ada orang bergaduh, tapi rupa-rupanya bunyi bumbung rumah jiran yang jatuh,” katanya.

Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Rumah Berhampiran Hotel Pacific Kota Bharu



Anis berkata, sebaik keluar dari rumah, dia ternampak Kak Zah melambai-lambai dengan penuh cemas dari tingkap rumahnya.

“Dia tinggal seorang diri. Saya nampak api di belakangnya, dekat dengan tempat dia berdiri,” katanya dengan nada sebak.

Menurut Anis, dia segera menghubungi pihak bomba, namun keadaan kebakaran bertukar buruk dalam masa singkat.

“Saya dengar dia menjerit minta tolong dari tingkap. Lepas itu saya nampak dia terjatuh,” katanya sambil menahan esak.

Anis turut memaklumkan Kak Zah mengalami kesukaran untuk berjalan, yang dipercayai menyukarkan mangsa untuk menyelamatkan diri daripada rumah yang sedang terbakar.

“Saya rasa sangat tidak berdaya. Tak ada apa yang saya mampu buat selain berdoa dan tunggu bantuan tiba.

“Saya takkan pernah lupakan detik itu,” katanya perlahan.



Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!