Jalan Rantau Panjang bakal dinaik taraf kepada jalan berkembar empat lorong

KOTA BHARU – Perdana Menteri mengumumkan bahawa Jalan Rantau Panjang di Kelantan bakal dinaik taraf kepada jalan berkembar empat lorong, bagi meningkatkan kemudahan dan kelancaran pergerakan di kawasan sempadan negara.

Pengumuman itu dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2026, sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memperkukuh prasarana asas di kawasan sempadan bagi menyokong kegiatan ekonomi setempat.

Pelebaran jalan berkenaan dilihat amat diperlukan memandangkan laluan menuju ke pekan Rantau Panjang sering sesak terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah, berikutan peningkatan jumlah kenderaan termasuk pelancong serta peniaga dari kawasan sempadan Thailand.

Naik taraf ini juga dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan perdagangan sempadan, selain meningkatkan keselamatan jalan raya bagi penduduk tempatan.

Projek berkenaan bakal diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam masa terdekat, termasuk melibatkan aspek jajaran, jarak pelebaran serta tempoh pelaksanaan projek.



Selain itu, beberapa projek infrastruktur lain turut diumumkan di bawah Belanjawan 2026, antaranya:

  • Naik taraf landasan kereta api Pasir Mas–Rantau Panjang bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan di kawasan sempadan; dan
  • Peningkatan beberapa jalan utama di Kelantan, termasuk Jalan Kubang Kerian–Bachok dari Persimpangan Kubang Kerian ke Persimpangan Binjai, serta Jalan Pasir Mas–Salor di Persimpangan Pasir Hor/Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Kesemua projek ini menandakan komitmen kerajaan untuk memacu pembangunan ekonomi dan memperkukuh jaringan pengangkutan negeri Kelantan, khususnya di kawasan yang menjadi pintu masuk utama antara Malaysia dan Thailand.

#KelantanDaily

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!