Langkah Pulihkan Pasar Tok Kenali, MPKB-BRI Sita 13 Gerai Barang Basah Di Jalan Wakaf Stan–Binjai

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjalankan satu operasi penyitaan terhadap gerai-gerai barang basah yang beroperasi di sepanjang Jalan Wakaf Stan – Binjai, sebagai langkah memulihkan fungsi asal Pasar Tok Kenali.

Menurut perkongsian rasmi di laman sosial Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, operasi tersebut dilaksanakan pada Ahad, 18 Januari 2026, melibatkan lima anggota Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja serta lapan anggota Bahagian Penguatkuasa MPKB-BRI.

Hasil operasi berkenaan, sebanyak 13 gerai barang basah telah disita, manakala satu lagi gerai dikenakan notis pengosongan segera.

Tindakan penyitaan itu diambil sebagai langkah proaktif pihak berkuasa tempatan untuk menghidupkan kembali Pasar Tok Kenali, yang sebelum ini dibina lengkap dengan kemudahan asas dan ruang niaga yang lebih teratur serta selesa.



MPKBBRI turut menggesa peniaga-peniaga barangan basah agar beroperasi sepenuhnya di dalam kawasan pasar yang telah disediakan, bagi memastikan pengurusan perniagaan lebih tersusun serta kebersihan kawasan awam terpelihara.

SHARE:

TERKINI

Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Suspek Kes Tembak Penjaga Lembu Felda Kemahang 1
|
Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini menolak permohonan reman…
Suri Rumah Direman 5 Hari, Kes Rampasan 5 Senjata Api Termasuk M16 Di
|
Seorang suri rumah direman selama lima hari bagi membantu…
Jawatan Kosong Kelantan