JSJN Tambah Keanggotaan Di Negeri Sempadan, Kelantan Antara Diberi Keutamaan

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dijangka menambah keanggotaan di negeri-negeri bersempadan bagi memperkukuh penguatkuasaan dan membanteras kegiatan penyeludupan dadah yang semakin licik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Perlis, Kedah dan Kelantan diberikan keutamaan susulan rekod kes penyeludupan dadah yang tinggi.

Menurut beliau, sepanjang tahun 2025 sahaja, sebanyak 62 kes penyeludupan dadah berskala besar berjaya ditumpaskan di sempadan tiga negeri berkenaan.

“Daripada jumlah itu, 15 kes atau kira-kira 25 peratus melibatkan laluan haram Kelantan-Thailand,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Beliau berkata, meskipun banyak jeti haram di Kelantan telah dirobohkan, sindiket dadah masih tidak berputus asa dan terus menggunakan taktik baharu termasuk memanfaatkan lorong tidak berdaftar bagi menjalankan kegiatan mereka.

Menurutnya lagi, sekiranya terdapat penambahan jawatan baharu dalam pasukan, negeri-negeri sempadan akan menjadi keutamaan bagi memperkukuh operasi di lapangan.

“Langkah ini penting bagi memastikan usaha membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.



Sumber: Bernama

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!