Inspektor Polis Wanita Dan Adik Disyaki Terima Rasuah RM30,000 Untuk Lepas Individu Kes Dadah

Seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor bersama adik lelakinya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM30,000 antara tahun 2021 hingga 2025.

Menurut sumber, wang rasuah itu dipercayai diterima sebagai balasan untuk melepaskan individu yang terlibat dalam kes dadah.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut dengan menerima wang rasuah antara RM1,000 hingga RM7,000 setiap bulan melalui akaun peribadi milik suspek lelaki.

Kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an itu ditahan secara berasingan antara jam 4.30 petang hingga 9 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pahang.

Mereka kemudian dibawa ke mahkamah pada Selasa bagi permohonan reman, sebelum Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhari membenarkan kedua-duanya direman selama lima hari sehingga 24 Januari depan.



Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud, mengesahkan penahanan berkenaan ketika dihubungi.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!