300 rumah penduduk miskin di Kelantan dibaiki melalui program Sejahtera MADANI

300 Rumah Uzur Di Kelantan Dibaik Pulih, Siap Sebelum Hujung Tahun

Sebanyak 300 rumah penduduk miskin di Kelantan yang uzur dan mengalami kerosakan sedang giat dibaik pulih melalui peruntukan Program Sejahtera MADANI bernilai RM4.5 juta.

Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Jasri Kasim, berkata lebih 50 rumah di seluruh jajahan telah siap dibaiki, manakala 12 rumah di Pasir Mas sedang dalam proses baik pulih.

“Kita jangka semua 300 rumah ini siap sebelum hujung tahun melalui kaedah gotong-royong bersama komuniti dan NGO.

Pasir Mas paling ramai penerima dengan 97 rumah, diikuti Tanah Merah dan Machang,” katanya pada Program Gotong-Royong Perdana Baik Pulih Rumah Inisiatif Kasih MADANI di Kampung Tasek Berangan.

Menurutnya, bantuan diberikan meliputi kerosakan kecil seperti bumbung bocor, dinding reput, dan kerja-kerja membaik pulih asas bagi memastikan kediaman lebih selesa, seiring saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Jasri berkata, program itu juga membantu penduduk membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Berdasarkan data eKasih, Kelantan merekodkan 45,849 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar setakat 27 Okt — menurun 12,969 orang berbanding 58,818 KIR pada akhir Disember 2024.

“Daripada jumlah itu, Pasir Mas merekodkan 6,059 KIR miskin dan miskin tegar setakat Oktober, berbanding 7,474 KIR pada akhir 2024,” katanya.


Dalam pada itu, pihaknya turut memulakan baik pulih 50 rumah anggota RELA yang daif melalui Program Teduhan Kasih RELA MADANI dengan peruntukan RM250,000.

Sumber: Bernama

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!