Cuaca Sejuk Landa Beberapa Kawasan Di Kelantan, Suhu Serendah 19 Darjah Celcius [Video]

Penduduk di beberapa daerah di Kelantan kebelakangan ini merasai cuaca sejuk luar biasa apabila suhu dilaporkan mencecah serendah 19 darjah Celsius, khususnya di kawasan pedalaman dan berbukit.

Menurut laporan Astro AWANI, fenomena itu dikaitkan dengan pengaruh Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara sejak Disember lalu.

Ketua Program Sains Kelestarian Alam Sekitar, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, Amal Najihah Muhamad Nor menyifatkan keadaan itu sebagai lebih ekstrem berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jelasnya, faktor topografi memainkan peranan besar terhadap penurunan suhu yang dirasai ketika ini.

“Ini adalah perkara yang berlaku juga di tempat-tempat lain seperti Kuala Krai dan kawasan Timur Laut disebabkan oleh monsun Timur Laut yang berlaku semenjak daripada Disember sehingga ke Mac.

“Cuma kali ini cuaca dirasakan lebih ekstrem sedikit kerana faktor kawasan Jeli itu sendiri.

“Struktur topografi Jeli yang berada di kawasan pedalaman, dipenuhi kawasan hijau dan kawasan tinggi menyebabkan suhu sejuk itu lebih dirasai,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan warga kampus khususnya pelajar UMK supaya mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai pakaian tebal seperti baju sejuk, stoking dan menggunakan selimut bagi mengelakkan masalah kesihatan seperti kekejangan otot.

Mengulas lanjut, Amal Najihah berkata kawasan Jeli antara lokasi yang merekodkan suhu serendah 19 darjah Celsius, terutamanya pada waktu awal pagi dan malam.

Selain Jeli, beberapa kawasan lain seperti Kuala Krai serta sebahagian pedalaman Gua Musang turut merasai penurunan suhu yang ketara sejak awal bulan ini.



Bagaimanapun, beliau menjelaskan cuaca sejuk itu tidak memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai, namun berpotensi menjejaskan pertumbuhan tanaman tertentu seperti tembikai Cina yang memerlukan suhu panas untuk tumbuh dengan baik.

Dalam masa sama, suasana sejuk yang dialami turut memberi pengalaman nyaman kepada penduduk, seolah-olah berada di kawasan tanah tinggi dengan pemandangan indah terutama pada waktu pagi.

@501awani

Cuaca sejuk yang melanda beberapa daerah di Kelantan dan kawasan Monsun Timur Laut ketika ini disifatkan sebagai ekstrem berbanding sebelumnya dengan suhu direkodkans erendah 19 darjah celcius. AWANInews

♬ original sound - 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 - 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!