Bom ‘Air Drop’ Sepanjang 58cm Ditemukan Di Kuala Krai Berjaya Dimusnahkan

Satu objek disyaki bom jenis Aerial (bom air-drop) sepanjang 58 sentimeter (cm) ditemukan di kawasan ladang sawit di Gua Ikan, Kuala Krai, tengah hari semalam.

Bom berkenaan ditemui oleh orang awam kira-kira jam 12.28 tengah hari sebelum dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan satu objek besi yang disyaki berbentuk bom di kawasan ladang berkenaan.

“Sejurus maklumat diterima, pasukan polis digerakkan ke lokasi bagi membuat kawalan keselamatan.

“Turut hadir di lokasi ialah Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk menjalankan siasatan awal terhadap objek tersebut,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurut beliau, kawasan kejadian ditutup sepenuhnya kepada orang awam bagi memastikan keselamatan sepanjang proses siasatan dan pelupusan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan mendapati objek tersebut adalah bom jenis Aerial ‘bom air-drop’ dengan panjang sekitar 58cm.

“Tindakan pemusnahan berjaya dilaksanakan pada jam 5.56 petang hari yang sama tanpa melibatkan sebarang kecederaan, kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda awam,” katanya.



Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau menghampiri sebarang objek mencurigakan yang disyaki bahan letupan, sebaliknya segera membuat laporan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan