Beras Darul Naim Masuk Pasaran Runcit Pertengahan Tahun Ini

Beras keluaran Kelantan, Beras Darul Naim, dijangka mula menembusi pasaran runcit sekitar pertengahan tahun ini, sekali gus menambah pilihan beras tempatan kepada pengguna.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, Kilang Padi dan Beras Darul Naim di Meranti, Pasir Mas yang mula beroperasi sejak November lalu kini berupaya memproses sehingga 600 metrik tan padi sehari.

Menurut beliau, setakat ini kilang berkenaan memproses padi dan menghasilkan beras campuran sebagai fasa awal pengeluaran sebelum dihantar ke Kedah dan Johor.

“Kami sedang dalam proses membawa masuk mesin penggilap beras bulan depan bagi membolehkan pengeluaran beras putih sepenuhnya sebelum dipasarkan ke pasaran runcit seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau ujian awal Sistem Pam Kemubu 4 di Stesen Pam Kemubu di sini, Ahad lalu.

Mengulas lanjut mengenai pemasaran, beliau menjelaskan Beras Darul Naim akan dipasarkan dalam pek lima kilogram dan 10 kilogram bagi kegunaan pengguna.

“Apabila mesin tersebut beroperasi sepenuhnya, keseluruhan proses termasuk penggilapan akhir boleh dilakukan di Kelantan,” katanya.

Menurut beliau, langkah itu bukan sahaja memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, malah membantu mengurangkan kebergantungan negeri terhadap bekalan beras luar, selain memperkukuh rantaian industri padi dan beras tempatan.



“Kilang ini juga dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan kebajikan pesawah melalui urusan pemprosesan yang lebih cepat dan tersusun,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan