[VIDEO] Mek Kelate kongsi kisah berniaga di negeri luar, pilih balik ke Kelantan selepas 7 bulan merantau

Sebuah platform perkongsian video makanan viral, Makan Sedap KL, berkongsikan satu video menarik tentang kisah Puan Thanaletchumi, anak Kelantan yang pertama kali merantau ke luar negeri.

Dalam video tersebut, Puan Thanalechumi atau lebih dikenali ramai sebagai Mek Kelantan Mek Manis berkongsi pengalaman pahit manis ketika pertama kali merantau keluar dari Kelantan untuk berniaga nasi kukus.

Katanya, tujuh bulan berada di Rawang membuka matanya tentang perbezaan suasana, budaya dan cara hidup berbanding negeri asalnya.

Mek Kelantan yang sejak kecil membesar dalam komuniti Melayu di Kelantan sudah terbiasa membeli barangan mentah di kedai Melayu dan sangat menjaga soal halal.

Tetapi sebaik tiba di Rawang, beliau mengakui tidak menyangka akan berdepan kejutan budaya, termasuk isu perkauman — sesuatu yang katanya “tak pernah berlaku di kampung sendiri.”

Selain itu, suasana kejiranan yang sunyi turut membuatkan beliau agak terkejut. Kebanyakan penduduk memilih untuk buat hal masing-masing, berbeza dengan kehidupan di Kelantan yang penuh kemesraan dan saling mengenali walaupun tak rapat.

Namun di sebalik cabaran itu, ada satu pengalaman yang benar-benar menyentuh hatinya. Ketika bertemu seorang peniaga asal Kelantan, hanya kerana terdengar loghat sama, hubungan mesra terus terjalin dan merasa seolah berjumpa dengan ahli keluarga.

Ikuti cerita lebih lanjut pada video dibawah:

@makansedap.kl

Puan Thanaletchumi, atau lebih dikenali sebagai Mek Kelantan Mek Manis, berkongsi pengalaman pertama kali merantau keluar dari negeri Kelantan untuk berniaga nasi kukus. Menurutnya, pengalaman itu penuh kejutan kerana suasana dan budaya yang jauh berbeza daripada tempat asalnya. Beliau yang membesar di Kelantan sudah terbiasa membeli barangan mentah di kedai Melayu dan sangat menitikberatkan soal halal. Namun, sebaik tiba di Rawang, beliau tidak menyangka akan berdepan kejutan budaya termasuk isu perkauman — sesuatu yang katanya tidak pernah berlaku di negeri kelahirannya. Selama tujuh bulan di Rawang, beliau turut merasakan suasana kejiranan yang sunyi kerana kebanyakan penduduk lebih memilih untuk buat hal masing-masing. Keadaan itu membuatkannya rindu akan kemesraan dan pergaulan rapat yang menjadi kebiasaan di Kelantan. Namun, satu pengalaman manis berlaku apabila beliau bertemu seorang peniaga Kelantan di sana. Hanya kerana loghat yang sama, mereka terus berasa rapat. Peniaga itu turut berkongsi rezeki dengannya kuih onde-onde pada bulan Ramadan sebagai tanda ukhuwah. Katanya, walaupun tidak saling mengenali, persamaan loghat sahaja sudah cukup menyatukan mereka. Beliau menjelaskan bahawa keputusannya kembali ke Kelantan bukan kerana beliau tidak mampu hidup di negeri luar, tetapi kerana kebiasaan, suasana dan budaya di sana membuatkannya lebih selesa untuk pulang dan meneruskan kehidupan di negeri sendiri. #kelantan #culture #kotabharu #kelantanfoodie #MakanLokal

♬ original sound - Makan Sedap KL - Makan Sedap KL



KD: Tak kira Melayu, Cina atau India, orang Kelantan ni, bila jumpa geng loghat sama di perantauan, automatik rasa macam keluarga. Memang lain auranya.

TERKINI

Pelajar Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Ambil Wuduk Di Sekolah
|
Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang lagi pelajar…
Kelantan Perlukan RM1 Bilion Untuk Ganti 1,000km Paip Lama
|
Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM1 bilion bagi menggantikan lebih…
Tersalah Tekan Pedal Minyak, Honda City Rempuh Kedai Dobi Di Wakaf Bharu
|
Sebuah kereta dipercayai tersalah tekan pedal minyak merempuh sebuah…
Tok Dalang Muda Berketurunan Cina Dari Kelantan Martabat Wayang Kulit Hingga Ke AS
|
Kemodenan dunia hiburan hari ini tidak mematahkan semangat seorang…
Masalah Air Di Pasir Mas Dan Rantau Panjang Dijangka Selesai Menjelang Mac 2027
|
Penduduk di Pasir Mas dan Rantau Panjang dijangka boleh…
Dari Mana Asalnya Cerita “Wanita Pasir Mas Cantik & Lelaki Machang Kacak”?
|
Dalam budaya popular Kelantan, satu stereotaip menarik sering kedengaran…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!