Tiga kemenangan Malaysia dibatalkan, FIFA isytihar kalah 3-0

FIFA Isytihar Malaysia Kalah 3-0 Dalam Tiga Perlawanan Persahabatan Tier 1

Skuad Harimau Malaya menerima tamparan hebat apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengisytiharkan Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa Tier 1 yang berlangsung tahun ini.

Menurut laporan Stadium Astro, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA susulan kes menurunkan pemain yang tidak layak dalam perlawanan berkenaan.

Dalam satu kenyataan rasmi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan pihaknya telah menerima hukuman berkenaan selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang bersidang pada 12 Disember 2025.

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima hukuman terbaharu daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang bersidang pada 12 Disember 2025 berkaitan kes menurunkan pemain yang tidak layak."

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio, yang mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025).

Tiga perlawanan yang terlibat ialah:

  1. Malaysia vs Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei 2025 (seri 1-1).
  2. Malaysia vs Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September 2025 (Malaysia menang 2-1).
  3. Malaysia vs Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 8 September 2025 (Malaysia menang 1-0).

"Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan tersebut."

Selain kekalahan automatik itu, FAM turut dikenakan denda CHF10,000, bersamaan kira-kira RM51,414.

"FAM akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mempertimbang langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara ini."

Keputusan ini dijangka memberi kesan kepada rekod antarabangsa skuad kebangsaan serta perancangan jangka panjang pasukan negara.



KD: Besar kemungkinan selepas ini AFC akan ambil tindakan pula terhadap keputusan perlawanan Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia

Sumber: Stadium Astro

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!