PM tidak layan permintaan DAP iktiraf UEC: “Saya mesti pertahankan perlembagaan”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf kerana ia hanya menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa.

Beliau berkata, tindakan itu bercanggah dengan prinsip kerajaan dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama kedudukan bahasa kebangsaan.

Menurut Anwar, fokus ketika ini ialah memartabatkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa ilmu yang dikuasai semua pihak.

“Saya dah jelaskan, saya tak peduli siapa dia, parti mana, pengaruh mana.

Kalau saya mahu didukung sebagai Perdana Menteri, saya mesti pertahankan prinsip perlembagaan,” katanya.

Ujarnya, tuntutan yang membawa agenda satu kaum dan satu bahasa tidak boleh diterima.

“Apa yang berbeza? Perbezaannya ialah tuntutan itu, tuntutan yang menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa. Itu saya tidak setuju sama sekali.

Bawa dulu mesej pertahankan martabat bahasa kebangsaan. Kemudian rangkul sekali keperluan penguasaan bahasa lain. Itu kita boleh terima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur Al-Hidayah, Kampung Kelibang.



KD: Isu UEC memang kerap berulang. Kenyataan kali ini jelas menunjukkan kerajaan mahu semua pihak kembali fokus pada bahasa kebangsaan sebagai asas penyatuan.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai
|
[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!