PGA rampas rokok putih bernilai lebih RM2 juta di Kampung Pek

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara mematahkan cubaan menyeludup rokok putih tanpa cukai bernilai lebih RM2.8 juta dalam serbuan menerusi OPS Taring Wawasan Kelantan di Jalan Kampung Pek, Machang pada ahad.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan pada 6.30 pagi dilakukan anggota risik Batalion 9 PGA selepas mengesan sebuah lori Isuzu NPR merah dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin.



“Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa kotak coklat dibalut plastik lutsinar mengandungi 1.5 juta batang rokok putih tanpa cukai dianggarkan bernilai RM2.805 juta.

“Kejayaan operasi ini diyakini dapat memutuskan rangkaian sindiket pengedaran dan penyeludupan rokok tidak bercukai di sekitar kawasan pantai timur semenanjung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Ahmad Radzi berkata dua lelaki berusia 45 dan 53 tahun ditahan selain pihaknya juga merampas lori bernilai RM80,000 yang digunakan dalam kegiatan itu. 

Beliau berkata suspek dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.



Sumber: Bernama

TERKINI

RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!