“Paru-paru rosak, tulang dia rapuh, lelangit makin memenuhi ruang mulut”

Di saat rakan sebaya menikmati alam remaja, dunia Nur Ainul Darwisya Mohd Zulfikri, 15, hanya berlegar di katil rumahnya di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, ditemani mesin bantuan pernafasan CPAP yang perlu dipakai 24 jam sehari.

Menurut laporan Harian Metro, Ainul mula menderita buah pinggang kronik sejak usia empat tahun dan kini berada di tahap akhir.

Dia hanya sempat bersekolah sehingga tahun lima sebelum kesihatannya merosot teruk.

Menurut bapanya, Mohd Zulfikri Yahaya, 41, keadaan Ainul kini tiada lagi ruang sembuh. Rawatan yang diterima sekadar bertahan.

“Paru-paru Ainul rosak, tulang dia rapuh, dua-dua paha pernah patah.

Lelangit pun makin memenuhi ruang mulut. Doktor beritahu supaya kami bersedia,” katanya.

Lebih meruntun hati keluarga apabila Ainul kerap bertanya bila ujian berat ini akan berakhir.

Setiap minggu, Ainul perlu menjalani hemodialisis tiga kali di Hospital Tanah Merah. Jika tidak stabil, dia perlu ditahan wad.

Kos bulanannya mencecah RM3,000, merangkumi oksigen, lampin, perjalanan ke hospital dan peralatan lain.

Disebabkan perlu menjaga Ainul sepenuh masa, Mohd Zulfikri tidak dapat bekerja.

Keluarga itu bergantung kepada bantuan JKM melalui Skim BKK berjumlah RM1,000 sebulan, selain sumbangan orang ramai.

Bil utiliti rumah mereka kini tertunggak lebih RM1,000.

Ujian keluarga terus bertimpa apabila anak ketujuh, Layla Rizqillah, 2, menghidap glaukoma sejak lahir hingga menyebabkan penglihatan terjejas.

Terdapat cadangan pembedahan namun risikonya tinggi dan peluang berjaya cuma 10 peratus.

Di samping itu, isteri beliau, Nor Azizom Hanafi, 36, turut memerlukan rawatan lanjutan selepas pembedahan ketumbuhan Ameloblastoma 12 tahun lalu.

Kos pembedahan pembentukan semula rahang dianggarkan RM18,000 hingga RM20,000 tetapi mereka menangguhkan tempoh rawatan demi memberi fokus kepada Ainul.

Keluarga ini baru-baru ini menerima kunjungan dan bantuan zakat daripada NGO Cempaka Merah Asnaf Society.



Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Zulfikri (019-9690297) atau menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Nor Azizom – 7051 9185 36.

BACA: Macam masuk ke alam mimpi, tak sangka resort ‘aesthetic’ dalam hutan ini ada di Jeli, Kelantan

KD: Semoga ada rezeki besar yang datang untuk keluarga ini

Sumber: Harian Metro

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!