Lesen mendulang emas RM100 setahun, rakyat Kelantan boleh mohon bermula Januari

Kerajaan Kelantan mengumumkan Prosedur Operasi Standard baharu bagi permohonan lesen mendulang emas di bawah Seksyen 28 Enakmen Mineral 2001.

Dengan SOP ini, hanya rakyat negeri Kelantan sahaja dibenarkan memohon lesen bermula Januari nanti.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata bayaran lesen ditetapkan sebanyak RM100 setahun dan ia perlu diperbaharui setiap tahun.

Beliau memaklumkan bahawa lesen tidak boleh dipindah milik dan setiap individu hanya boleh memiliki satu lesen. Syarat usia minimum pemohon akan diumumkan kemudian.

Permohonan lesen boleh dibuat terus melalui Pejabat Tanah dan Galian negeri atau pejabat PTG di jajahan masing-masing.

Beliau menjelaskan bahawa aktiviti mendulang hanya dibenarkan dari jam 8 pagi hingga 6 petang di kawasan tanah kerajaan yang akan diwartakan di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli.

Kawasan ini dikenal pasti mempunyai potensi emas. Aktiviti mendulang juga dilarang dilakukan ketika musim tengkujuh dan pelanggaran dianggap satu kesalahan.

BACA: Kelantan catat jumlah simpanan emas belum diteroka paling banyak di Malaysia

Kerajaan negeri turut menetapkan bahawa emas yang ditemui hanya boleh dijual kepada pembeli yang diiktiraf kerajaan negeri.

Pembeli perlu memohon lesen khas dengan PTG dan akan terikat dengan pembayaran royalti.

Menurut Mohamed Fadzli, SOP baharu ini dibangunkan bagi memastikan permohonan lebih teratur sekali gus menjaga kebajikan pendulang serta mengawal risiko kerosakan alam sekitar seperti runtuhan tebing sungai.

Beliau menambah bahawa langkah ini juga bertujuan menguruskan aktiviti mendulang dengan lebih tersusun.

Ini kerana sebelum ini ia tidak benar-benar direkodkan dari segi jumlah pendulang, pemantauan alam sekitar atau hasil negeri.

Dengan SOP baharu, kerajaan boleh menambah hasil negeri sambil membuka peluang pekerjaan sampingan atau tetap kepada rakyat.

Mereka yang ingin mendulang di tanah milik sendiri juga diwajibkan memiliki lesen kerana aktiviti tersebut tetap dikategorikan sebagai mendulang dan tertakluk pada peraturan sama.

Kerajaan jelas mahu peluang ini dinikmati rakyat negeri sendiri dan bukan hanya syarikat besar.

BACA: Penduduk kurang senang berduyun orang luar datang mendulang emas
BACA: Kelantan cadang beri lesen mendulang emas kepada pelancong luar

KD: Peluang cari rezeki memang luas, asalkan ada garis panduan yang melindungi semua. Harapnya SOP baharu ini benar-benar memberi manfaat kepada pendulang tempatan.

BACA: ‘Starter pack’ untuk jadi pendulang emas di Kelantan, ini yang perlu anda tahu
BACA: Lelaki ini dedah kawasan lubuk emas di Kelantan untuk pendulang
BACA: Bukan semudah yang disangka, kisah misteri si pendulang emas Kelantan


Sumber: Sinar Harian

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan