Laluan alternatif Cameron Highlands – Gua Musang dibuka, caj sehala RM5

Laluan Cameron Highlands–Gua Musang yang sebelum ini terjejas akibat kejadian tanah runtuh kini boleh digunakan semula menerusi laluan sementara yang dibina oleh pihak syarikat perladangan.

Perkembangan itu dikongsikan seorang pengguna TikTok, @nashtemiar2025, yang memaklumkan pengguna jalan raya dikenakan bayaran RM5 bagi perjalanan sehala dan RM10 untuk pergi dan balik.

“Info terkini pada 30 Disember, sekarang kita sudah boleh guna laluan yang dibina oleh pihak syarikat perladangan.

Cuma dikenakan bayaran RM5 sehala. Kalau pergi balik, sediakan RM10. Mungkin bayaran untuk pihak kontraktor yang membina laluan ini,” katanya menerusi video tersebut.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati memandangkan keadaan cuaca masih dalam musim tengkujuh dan laluan berkenaan hanyalah bersifat sementara.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai meluahkan rasa lega kerana laluan berkenaan kembali boleh digunakan.

“Saya sanggup bayar RM10 daripada menggunakan laluan Sungai Koyan. Tapi kalau hujan memang kena fikir dua kali sebab licin,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna berkata, dia sanggup membayar lebih kerana laluan tersebut jauh lebih singkat berbanding jalan alternatif lain.

“Dari Gua Musang ke Perak, saya sanggup bayar RM30 pun tak apa. Jalan ni tiga jam saja, ikut jalan lain boleh jadi enam jam,” tulisnya.

Dalam pada itu, ada juga yang menyifatkan bayaran RM5 sebagai munasabah memandangkan kos pembinaan laluan sementara bukanlah sedikit, selain menjimatkan masa dan penggunaan bahan api.



Sumber: Kosmo, @nashtemiar2025

TERKINI

Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!