Kelantan terima 129 projek bernilai RM5.34 bilion di bawah RP1 RMK13

Kelantan diperuntukkan sebanyak 129 projek baharu di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dengan anggaran kos keseluruhan RM5.34 bilion, melibatkan 18 kementerian.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Kelantan, Datuk Ab. Pattah Hasbullah, berkata kerajaan negeri telah menyelaras dan mengemukakan permohonan projek di bawah RP1 Tahun 2026 kepada kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi.

“Pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah menyelaras dan mengemukakan permohonan projek di bawah RP1 Tahun 2026 kepada kerajaan persekutuan melalui Kementerian Ekonomi.

“Alhamulillah terdapat 129 projek baharu yang telah diluluskan kepada Kelantan di bawah RP1 RMK.

“Pihak kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk membantu setiap kementerian dan mana-mana pihak dalam menyegerakan pelaksanaan projek pembangunan yang telah diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus RMK13 Peringkat Negeri Kelantan yang dianjurkan bersama Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) di Kompleks Kota Darul Naim, Rabu lalu.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Pengarah Eksekutif INPUMA, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff serta Pengarah UPEN Kelantan, Wan Zulfadhli Syahman Wan Yusof.

Difahamkan, sesi libat urus ini merupakan sebahagian daripada kajian kendalian INPUMA bagi mengenal pasti isu dan permasalahan di peringkat akar umbi, yang seterusnya digunakan untuk menambah baik pelaksanaan RMK13 yang telah dilancarkan pada Julai lalu.

Untuk rekod, INPUMA sebelum ini telah mengadakan beberapa siri sesi libat urus awam serta Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) di seluruh negara.



Sumber: Sinar Harian

Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

Ahli Parlimen Machang Dipecat Bersatu Berkuat Kuasa Serta-Merta
|
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal…
Media Dedahkan Anggaran Gaji Dan Pegangan Saham Azam Baki
|
Isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…
Wanita Hamil Tujuh Bulan Maut Dihentak Suami Guna Lesung Batu
|
Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya…
MB Kelantan Bertemu PM Di Putrajaya Perkukuh Kerjasama Negeri–Persekutuan
|
Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud mengadakan pertemuan bersama…
Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Ditetapkan Pada Selasa, 17 Februari
|
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan ibadah…
Peniaga Bazar Ramadan Tidak Pamer Harga Berdepan Tindakan Dalam 24 Jam -KPDN
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan