Menteri Kerja Raya Tinjau Naik Taraf Lebuhraya Timur–Barat Di Jeli

Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan lawatan kerja ke Laluan Jalan Persekutuan FT004, Seksyen 200.00, Jalan Gerik–Jeli, Daerah Jeli bagi meninjau keadaan semasa laluan berkenaan serta memperhalusi perancangan menaik taraf Lebuhraya Timur–Barat (LRTB).

Lawatan itu merangkumi sesi taklimat dan tinjauan tapak bagi cadangan menaik taraf Lebuhraya Timur–Barat (LRTB) FT004 dari Seksyen 198.40 hingga Seksyen 224.90 di Jeli, Kelantan Darul Naim, iaitu projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), Rolling Plan Pertama (RP1).

Projek tersebut bertujuan meningkatkan tahap keselamatan, kapasiti serta keselesaan pengguna jalan raya, khususnya di laluan strategik yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Dalam lawatan sama, beliau turut meninjau lokasi kejadian lubang benam (sinkhole) di FT004, Seksyen 208.75, Jeli bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung status keselamatan laluan, kerja-kerja pembaikan yang telah dan sedang dilaksanakan serta langkah mitigasi jangka pendek dan panjang bagi mengelakkan kejadian berulang.

Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa aspek keselamatan pengguna jalan raya merupakan keutamaan Kementerian Kerja Raya dan tindakan segera serta bersepadu akan terus diambil melalui kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi berkaitan bagi memastikan laluan FT004 kekal selamat digunakan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dato’ Dr Izani Husin.

Dalam satu kenyataan, Dr Izani berkata lawatan itu mencerminkan hubungan mesra serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kepentingan rakyat.



“Menerima kunjungan YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya ke Kelantan. Salam erat tanda hubungan mesra dan kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kepentingan rakyat. Insya-Allah, urusan berkaitan infrastruktur dan jalan raya di Kelantan terus diberi perhatian dan diselesaikan sebaiknya,” katanya.

SHARE:

TERKINI

Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Sejarah Tercipta! Aliff Rakib Raih Gelaran Dunia Pertama Malaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!