Kelantan peruntuk RM12 juta rancakkan kempen Kelantanku Bersih

Kempen Kelantanku Bersih bakal digerakkan dengan lebih rancak tahun hadapan apabila kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk memastikan usaha kebersihan di seluruh Kelantan benar-benar memberi kesan kepada rakyat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata peruntukan besar itu bukan sekadar untuk dibelanjakan, tetapi mesti digunakan dengan teliti dan strategik oleh setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tujuan kita bukan sekadar membelanjakan, tetapi memastikan setiap ringgit memberi manfaat jelas kepada rakyat… termasuk penambahan tong sampah, naik taraf kemudahan awam, pengurusan sisa pepejal lebih efisien, kawasan rekreasi semakin ceria, dan bandar serta pekan lebih tersusun,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri tetap bersedia membantu PBT dalam pembangunan, infrastruktur dan apa sahaja program berkaitan kebersihan, demi memastikan semua inisiatif berada pada landasan yang betul.

Majlis pengumuman peruntukan itu dibuat ketika beliau merasmikan Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2025 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Hilmi Abdullah, memaklumkan bahawa tahun lalu sahaja kerajaan negeri telah menyalurkan RM8.51 juta kepada semua PBT bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif kebersihan, keceriaan bandar dan pengurusan sisa pepejal.

“Peruntukan itu adalah komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan peningkatan mutu perkhidmatan PBT di seluruh Kelantan,” katanya.



KD cadangkan PBT masuk sekolah buat kempen kebersihan sebagai langkah awal membentuk masyarakat menjaga kebersihan. Bawa lori sampah tunjuk kat pelajar-pelajar tadika atau sekolah rendah. Diorang pun seronok tengok nanti.

BACA: Macam masuk ke alam mimpi, tak sangka resort ‘aesthetic’ dalam hutan ini ada di Jeli, Kelantan

Sumber: Harian Metro

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!