Kanak-Kanak 7 Tahun Perlu RM12,000 Untuk Pembedahan Salin Kulit Selepas Melecur

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun kini memerlukan kira-kira RM12,000 bagi membiayai pembedahan salin kulit selepas melecur ketika bermain dengan adiknya di Kubang Siput, Pasir Tumboh, pada 28 Mac lalu.

Nur Arifah Indah Dalilla Mohamad Arifi mengalami melecur pada beberapa bahagian badan, tangan, serta sebahagian muka dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Ibunya, Norysha Shafika Abdullah, 28, berkata kejadian berlaku ketika dia sedang memberi makan anak ketiga mereka yang berumur enam bulan.

“Arifah sedang bermain dengan adik keduanya berumur empat tahun apabila baju yang dipakainya terbakar. Bapa tirinya segera mengoyakkan baju itu dan kami terus membawanya ke hospital,” kata Norysha.

Mengulas kejadian itu, Norysha berkata, Arifah dikatakan sedang memakai baju sementara adiknya mengambil pemetik api dan mencucuh bahagian belakang baju kakaknya sebelum terbakar.

Menurutnya, Arifah mengalami trauma selepas kejadian dan masih sukar tidur kerana teringat insiden tersebut. Norysha dan suami yang bekerja sebagai buruh tidak mampu mengumpul kos pembedahan dalam masa singkat.

Mereka telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun belum ada perkembangan lanjut.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!