34 tahun menanti, emas regu akhirnya kembali milik Malaysia

Penantian panjang selama 34 tahun akhirnya berakhir apabila skuad sepak takraw negara berjaya menghadiahkan pingat emas acara regu pada temasya Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan bersejarah itu dilakar di hadapan ribuan penyokong tuan rumah sendiri, sekali gus memadam dominasi musuh tradisi, Thailand yang juga juara bertahan.

Aksi final yang berlangsung di Nakhon Pathom menyaksikan regu negara berjuang habis-habisan dalam perlawanan penuh dramatik sebelum menewaskan Thailand dengan keputusan 2-1.

Semangat juang tinggi dan ketenangan pemain di saat genting menjadi kunci kejayaan, memastikan Jalur Gemilang kembali berkibar megah di puncak podium acara berprestij itu.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas acara regu adalah pada Sukan SEA Manila 1991 di Filipina. Sejak itu, skuad negara sering kali kempunan untuk menumbangkan Thailand yang dianggap kuasa besar sukan sepak takraw.

Kejayaan ini bukan sekadar pingat emas, tetapi simbol kebangkitan dan penamat kepada penantian yang terlalu lama.

TERKINI

Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya Berdepan 2 Lagi Kes
|
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya…
Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!