Warga emas cedera disamun di Nilam Puri, tiga suspek diberkas polis

KOTA BHARU – Seorang wanita warga emas berusia 69 tahun cedera ringan selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di tepi jalan di Nilam Puri, di sini pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 pagi ketika mangsa baru selesai membeli ikan dan sedang menunggu untuk melintas jalan.

“Sewaktu itu, dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX5 menghampiri pengadu sebelum pembonceng turun dan menarik beg duit dari tangannya.

“Mangsa cuba mendapatkan semula beg tersebut namun terjatuh di tepi jalan. Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM50 sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Susulan laporan tersebut, polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 20-an hingga 30-an, termasuk pemilik motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Mereka ditahan sekitar jam 7.53 malam semalam, dan polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” ujarnya.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan samun.



Difahamkan, kejadian tersebut turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi dan telah tular di media sosial.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!