Pelajar OKU dari Besut harumkan nama negara di Korea Selatan

Pelajar OKU SMA Maarif Kampung Raja raih dua pingat emas di Korea Selatan

Dua pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif Kampung Raja mengharumkan nama Malaysia selepas merangkul dua pingat emas dalam Global IT Challenge (GITC) for Youth Disabilities 2025 di Korea Selatan baru-baru ini.

Muhammad Thaqif Muhammad Zharif, 14, yang mengalami kekurangan fizikal pada bahagian kaki, memenangi acara E-Combination secara individu, manakala rakannya, Nik Nurizazi Syafiah Nik Azmi, 15, yang mengalami masalah penglihatan, menyumbang kejayaan dalam acara E-Content secara berkumpulan.

“Saya tidak menyangka dapat menang kerana saingan sangat hebat, termasuk pelajar universiti dari 16 negara. Alhamdulillah, di sebalik kekurangan fizikal, kami dapat membawa nama Malaysia dan Terengganu di pentas antarabangsa,” kata Muhammad Thaqif ketika ditemui di SMA Maarif Kampung Raja.

Kedua-duanya menjalani latihan intensif hampir dua minggu di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan, Pahang sebelum berlepas ke Korea Selatan pada 27 Oktober. Muhammad Thaqif berkongsi cabaran semasa pertandingan, termasuk perubahan format pada saat akhir dan pengurangan tempoh masa persembahan dari tiga jam ke dua jam.

“Semasa pertandingan semua guru pengiring tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Namun, syukur kami tidak panik dan dapat menyelesaikan semua tugasan dengan baik,” katanya.

Pelajar tingkatan dua itu turut menyatakan hasrat untuk menyertai pertandingan sama pada tahun hadapan dan berharap dapat meraih lebih banyak pingat buat negara.



Pertandingan GITC 2025 bertaraf dunia ini dianjurkan untuk membuka peluang dan menguji kemahiran golongan OKU berusia 14 hingga 23 tahun dalam bidang teknologi maklumat.

Sumber: Bernama

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!