FIFA tolak rayuan FAM dan 7 pemain warisan, hukuman dikekalkan

KUALA LUMPUR – Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan tindakan berhubung kesalahan pemalsuan dokumen ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kenyataannya, FIFA memaklumkan bahawa selepas meneliti penghujahan serta prosiding pendengaran yang dijalankan, Jawatankuasa Rayuan memutuskan untuk menolak sepenuhnya rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan kesemua pemain terlibat.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Héctor Alejandro Hevel Serrano.

“Jawatankuasa Rayuan FIFA mengesahkan sekatan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain.

Selepas menganalisis penghujahan dan menjalankan pendengaran, Jawatankuasa Rayuan memutuskan untuk menolak rayuan tersebut,” menurut kenyataan rasmi badan induk bola sepak dunia itu.

FIFA turut mengekalkan semua hukuman yang telah dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) yang berkaitan dengan pemalsuan dan penipuan dokumen.

Susulan keputusan itu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (anggaran RM1.8 juta) kepada FIFA, manakala tujuh pemain tersebut masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (RM10,400).



Selain itu, semua pemain berkenaan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian, Makan Bola

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!