Cegah anak ketagih gajet, indoor playground di Kota Bharu ini tawar masuk percuma sempena hari lahir

Dalam suasana anak-anak semakin bergantung kepada gajet untuk berhibur, sebuah pusat permainan tertutup (indoor playground) di Lembah Sireh, Kota Bharu tampil dengan inisiatif menarik bagi menggalakkan kanak-kanak lebih aktif bermain secara fizikal.

AA KIDS Playground menawarkan kemasukan percuma kepada kanak-kanak yang menyambut hari lahir, sebagai galakan kepada ibu bapa membawa anak-anak keluar daripada skrin telefon dan memberi ruang mereka bersosial dalam suasana yang sihat dan selamat.

Menurut pengusaha, Ahmad Adlan Mohamad, konsep taman permainan itu bukan semata-mata untuk hiburan, sebaliknya bertujuan membantu menangani masalah ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan.

“Ramai ibu bapa datang ke sini sebab risau anak mereka terlalu lama dengan telefon. Bila tengok anak seronok main dan bergaul, mereka rasa lega,” katanya.

Beliau berkata, semua kemudahan di taman permainan itu dijaga rapi, termasuk kebersihan dan keselamatan ruang permainan bagi memastikan ibu bapa tidak perlu risau ketika anak-anak bermain.

Pusat permainan itu beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dengan kadar bayaran:

  • RM14 pada hari bekerja (Ahad hingga Khamis)
  • RM18 pada hujung minggu dan cuti umum
  • RM3 untuk ibu bapa atau penjaga
  • Percuma untuk hari lahir dan kanak-kanak bawah setahun

Lokasinya juga mudah diakses, terletak di shop lot sebelah Lotus Lembah Sireh, bertentangan dengan Kolej Lincoln dan sebaris dengan Nasken Coffee @ YK Tekstil.

Pakar kesihatan kanak-kanak turut menasihatkan agar ibu bapa mengehadkan penggunaan gajet bagi anak kecil, kerana pendedahan berlebihan boleh menjejaskan perkembangan otak dan sosial mereka.

Inisiatif seperti taman permainan tertutup ini dilihat membantu menggalakkan interaksi sosial, aktiviti fizikal dan kemahiran yang penting dalam tumbesaran anak-anak.

AA Kids Playground Kota Bharu



“Kami tak janjikan kemewahan, tapi kami nak cipta tempat yang beri kebahagiaan dan kenangan berharga untuk keluarga,” tambah pengusaha itu lagi.

Dengan suasana berhawa dingin dan kemudahan yang selesa, indoor playground di Lembah Sireh ini kini menjadi antara pilihan utama ibu bapa di sekitar Kota Bharu untuk aktiviti keluarga, terutama pada musim cuti sekolah.

AA Kids Playground Lembah Sireh


Selain menjanjikan keceriaan untuk anak-anak, tempat ini juga memberi peluang kepada ibu bapa berehat sambil melihat anak mereka bermain tanpa gajet dan dunia digital.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang AA KIDS Playground boleh hubungi mereka dengan menekan butang WhatsApp dibawah:

WhatsApp


TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!