Belajar dari YouTube, penoreh getah di Pasir Mas jana pendapatan jual perahu fiberglass

Seorang penoreh getah di Pasir Mas menemukan sumber rezeki baharu apabila kemahiran membuat perahu gentian kaca (fiberglass) yang dipelajarinya melalui YouTube kini menjadi pendapatan tambahan, terutama ketika musim banjir.

Wan Mohd Zain Wan Jaafar, 57, dari Kampung Padang Licin berkata idea itu bermula sekadar hobi, namun bertukar menjadi peluang serius selepas kampungnya beberapa kali dinaiki air sejak 2022.

Menurutnya, musim hujan sering menyukarkan kerja menoreh, sekali gus mendorong beliau memanfaatkan waktu lapang untuk membina perahu.

“Dulu buat saja-saja, tapi sejak Jun tahun ini saya mula fokus buat dan jual perahu. Alhamdulillah, sambutan sangat baik, lebih-lebih lagi dari kawasan yang kerap banjir,” katanya.

Wan Mohd Zain bersama rakannya, Sukri Zakaria, 53, mampu menyiapkan perahu sepanjang 18 kaki dalam lima hingga enam hari bergantung kepada cuaca.

Setiap unit yang memuatkan dua hingga tiga orang dijual pada harga RM1,350 termasuk penghantaran.

Katanya, permintaan kini semakin tinggi dengan lima tempahan sedang dalam senarai, kebanyakannya daripada penduduk kampung sendiri termasuk seorang rakan dari Kuala Lumpur yang menempah dua unit kegunaan di Kelantan.

Hasil kemahiran yang diasah sendiri melalui tontonan video, Wan Mohd Zain bukan sahaja membuka sumber pendapatan baharu, malah memberi inspirasi kepada penduduk lain untuk lebih bersedia menghadapi musim banjir.

Seorang pembeli, Daud Ismail, 72, dari Kampung Gual Mesa berkata beliau tidak lagi mampu menangguhkan pembelian perahu selepas rumahnya dinaiki air melebihi paras dada tahun lalu.

“Dalam rumah ada enam orang termasuk anak-anak dan cucu. Bila air naik, perahu sahajalah pengangkutan yang ada. Tinggal pula di kawasan rendah, jadi memang satu keperluan,” katanya.

KD: Kadang-kadang hobi kecil pun boleh jadi rezeki besar, lebih-lebih lagi bila musim banjir memerlukan orang cari alternatif untuk bergerak dan selamatkan keluarga.



Sumber: Bernama

TERKINI

Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Suspek Kes Tembak Penjaga Lembu Felda Kemahang 1
|
Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini menolak permohonan reman…
Jawatan Kosong Kelantan