Bangunan milik PAS di PUTIK terbakar awal pagi tadi

Bangunan milik Pas di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, dilanda kebakaran awal pagi tadi apabila sebuah pejabat pengurusan dan pondok pengawal musnah hampir keseluruhannya, lapor Sinar Harian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, PBK I Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.31 pagi sebelum menghantar jentera dengan kekuatan lapan anggota serta seorang pegawai.

Menurut beliau, kebakaran membabitkan pondok pengawal bersama pejabat pengurusan PUTIK dan memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur asal bangunan itu.

Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 5.40 pagi dan operasi pemadaman berjaya dikawal dalam tempoh kurang 10 minit.



“Api dapat dikawal pada 5.49 pagi, dan operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 6.48 pagi,” katanya dalam kenyataan itu.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!