Tak sampai 24 jam, ‘jutawan sampah’ ditahan semula kes tipu urus niaga tanah

KUALA TERENGGANU – Seorang ahli perniagaan yang sebelum ini tular di media sosial, Datuk Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38, atau dikenali sebagai Azlan Al Amin, ditahan semula oleh polis bagi membantu siasatan kes penipuan urus niaga tanah melibatkan kerugian kira-kira RM35,000.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata suspek yang juga digelar ‘jutawan sampah’ itu ditangkap oleh sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu pada Isnin.

“Penahanan dilakukan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urus niaga tanah yang melibatkan seorang pesara guru.

Mangsa dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM35,000 akibat urus niaga tanah yang dipercayai tidak wujud,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun pada Selasa bagi permohonan reman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Azlan didakwa di Mahkamah Sesyen Besut atas pertuduhan melakukan khianat dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM6,000 selepas mengaku tidak bersalah.

Beliau bersama adiknya, Mohd Mustakim Abdullah @ Ali, 31, didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan sebuah Perodua Bezza milik seorang wanita sehingga menyebabkan kerugian RM5,000.

Dalam pada itu, Datuk Mohd Khairi turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam menjalankan urus niaga jual beli tanah atau hartanah.



“Pastikan semua transaksi dan dokumen disemak serta diuruskan melalui saluran sah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

TERKINI

Sepanyol Juara Piala Dunia 2026 Selepas Tewaskan Argentina 1-0
|
Argentina sudah melakukan hampir segala-galanya untuk terus bertahan.Walaupun Sepanyol…
350kg Durian Thailand Tanpa Dokumen Dirampas PGA di Rantau Panjang
|
Hasrat untuk menghantar ratusan kilogram durian dipercayai dari Thailand…
Dua Tahun Dinoda, Wanita Potong Kemaluan Bapa Mentua
|
Seorang wanita di daerah Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, India didakwa…
Walaupun Kos Naik, Peniaga Di Machang Tetap Kekalkan Harga Mee Celup RM1
|
Ketika kebanyakan peniaga makanan terpaksa menaikkan harga susulan peningkatan…
KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!