SMK Panggung Jaya, Gua Musang bukti kehebatan di kejohanan robot antarabangsa

JAKARTA – Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, Gua Musang mencipta sejarah membanggakan apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Grand Prix bagi kategori Creative MRT Robot dalam Kontes Robot Nusantara (KRON) 2025 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Kejayaan itu sekali gus mengharumkan nama Kelantan apabila SMK Panggung Jaya muncul antara dua sekolah Malaysia yang menerima anugerah tertinggi pertandingan berprestij berasaskan robotik dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan serta Matematik (STEM) tersebut.

Pasukan sekolah itu turut menyumbang dua lagi kejayaan melalui kategori Brick Speed Challenge, masing-masing menerusi Aleh Ariana a/p Jinal yang memenangi pingat perak dan Selly Nur Nazira bt Peter yang membawa pulang pingat gangsa.

Secara keseluruhan, pasukan Malaysia meraih empat pingat emas, enam pingat perak dan sembilan pingat gangsa dalam KRON 2025, termasuk kejayaan besar SMK Panggung Jaya dan SMK Bawong, Perak yang turut memenangi Anugerah Grand Prix.

Seramai 20 pelajar dari sekolah rendah dan menengah seluruh negara menyertai pertandingan itu yang menghimpunkan peserta dari Indonesia, Laos, Singapura dan Thailand.

Peserta dikehendaki mereka bentuk, membina serta mengatur cara robot mengikut tema dan tugasan ditetapkan, sekali gus menguji kreativiti, kecekapan dan kemahiran penyelesaian masalah.

Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan (KPM), Azman Mashuri, berkata kejayaan itu membuktikan pelajar Orang Asli dan Peribumi mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Pencapaian ini sebenarnya mengangkat martabat pendidikan dalam kelompok Orang Asli dan Peribumi, serta menyokong agenda KPM memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya.



KRON 2025 yang berlangsung dari 11 hingga 14 Oktober di Jakarta menjadi platform mengetengahkan bakat muda dalam bidang robotik melalui pelbagai kategori seperti Road Challenge, 2-on-2 Soccer, Theater Robot, Creative MRT, Brickspeed, Humanoid Mission dan Kinder Mission.

#KelantanDaily
Sumber: Buletin TV3

Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

727 barangan, kereta mewah milik Datuk Seri Vida akan dilelong
|
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Proses lelongan membabitkan kereta…
Polis terima beberapa maklumat baharu, siasatan kes Wan Ahmad Faris disegerakan
|
KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan…
32 kes kecurian kabel ECRL direkodkan melibatkan kerugian lebih RM3 juta
|
MARAN, 14 Okt – Sebanyak 32 kes kecurian kabel…
KPDN Kelantan dedah ‘anok-beranok’ jadi dalang sindiket seleweng diesel
|
KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…
SMK Panggung Jaya, Gua Musang bukti kehebatan di kejohanan robot antarabangsa
|
JAKARTA – Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya,…
Pelajar SMK Dato’ Ahmad Maher cipta ‘Colorguard’ kesan pewarna tiruan
|
BACHOK – Tiga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan…
Jawatan Kosong Kelantan