Polis perketat pemantauan institusi agama tidak berdaftar di Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan mempertingkatkan pemantauan terhadap institusi agama yang tidak berdaftar di negeri ini bagi mengelakkan penyalahgunaan premis berkenaan untuk kegiatan ajaran sesat atau jenayah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata tindakan itu selaras dengan komitmen polis untuk memastikan semua institusi agama, termasuk pondok dan pusat tahfiz, beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa agama.

“Polis amat tegas dalam hal ini. Fokus utama kami ialah pondok dan pusat tahfiz yang tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi mengelakkan sebarang kegiatan tidak sihat yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes sebuah madrasah di Tumpat, milik seorang ustaz dikenali sebagai Abuya, yang menjadikan madrasah itu sebagai tempat melakukan aktiviti tidak bermoral.

Mohd Yusoff berkata, polis telah menghantar dua pegawai ke MAIK beberapa hari lalu bagi membincangkan isu berkenaan secara bersama.



“Dalam pertemuan itu, Timbalan Yang Dipertua MAIK (Datuk Mohd Anis Hussein) bersetuju untuk mengambil tindakan susulan terhadap institusi agama yang masih belum berdaftar bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan garis panduan ditetapkan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pada 11 Sept lalu, seorang mudir madrasah di Tumpat, Muhammad Aswadi Yah, 46, atau dikenali sebagai Abuya, berdepan tujuh pertuduhan amang seksual dan memiliki gambar lucah.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Jawatan Kosong Kelantan