Penipuan e-dagang dan kerja sambilan dalam talian meningkat di Kelantan

KOTA BHARU – Kelantan merekodkan peningkatan ketara kes jenayah komersial, terutama melibatkan penipuan e-dagang dan tawaran kerja sambilan dalam talian bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata sebanyak 310 kes penipuan e-dagang dilaporkan dengan kerugian RM2.34 juta, berbanding 154 kes (RM1.34 juta) bagi tempoh sama tahun lalu.

“Kes penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian juga meningkat daripada 66 kes (RM1.45 juta) kepada 165 kes (RM3.43 juta).

“Secara keseluruhan, jenayah siber lain turut menunjukkan trend peningkatan membimbangkan, daripada 189 kes (RM4.14 juta) pada 2024 kepada 344 kes (RM6.9 juta) tahun ini,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Beliau berkata, peningkatan tersebut membuktikan jenayah komersial terus menjadi ancaman utama dengan modus operandi yang semakin kompleks, sekali gus memerlukan tindakan lebih holistik dan bersepadu.

Sehubungan itu, polis negeri akan memperhebat risikan, memperkukuh pencegahan serta memperluas kerjasama dengan pelbagai agensi bagi membanteras jenayah siber dan melindungi kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dalam perkembangan lain, jenayah narkotik menunjukkan penurunan apabila 20,476 kes direkodkan dari Januari hingga September tahun ini berbanding 21,252 kes tahun lalu.

“Tangkapan pesalah narkotik menurun lima peratus, daripada 22,692 orang pada 2024 kepada 21,564 orang tahun ini.

“Namun, nilai rampasan dadah meningkat 69 peratus daripada RM14.72 juta kepada RM24.83 juta bagi tempoh sama,” katanya.

Sementara itu, jenayah kekerasan turut mencatat peningkatan, termasuk kes bunuh meningkat dua kes (100 peratus), kes rogol naik 17 kes (14.9 peratus), kes samun tanpa senjata api meningkat satu kes (2.4 peratus) dan kes mencederakan meningkat 16 kes (13.6 peratus).



Mohd Yusoff menegaskan agar semua pegawai dan anggota kekal proaktif, waspada dan cekap dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin mencabar dan dinamik.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan