Nelayan di Tumpat lega terima bantuan pukat baharu

TUMPAT – Harga pukat yang kini mencecah sehingga RM2,000 menyebabkan ramai nelayan pesisir pantai tidak mampu menggantikan peralatan itu apabila rosak, sekali gus menjejaskan keupayaan mereka untuk turun ke laut, lapor Sinar Harian.

Seorang nelayan, Mohd Noor Kadir, 57, berkata harga pukat yang tinggi itu membebankan mereka lebih-lebih lagi apabila hasil tangkapan berkurang akibat cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini.

“Selain mahal, pukat biasanya hanya mampu bertahan setahun sahaja. Selepas itu ia mula rosak dan menjejaskan hasil tangkapan ikan.

Alhamdulillah, bila dapat sumbangan pukat tanpa perlu keluarkan belanja, ia sangat melegakan kami,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan di Pantai Geting, di sini, pada Sabtu.

Majlis berkenaan menyaksikan penyampaian pukat, tong ikan dan jaket keselamatan kepada 25 nelayan, disampaikan oleh Presiden Islamic Aid Malaysia (IAM) Zawahir Abdullah bersama Pengarah Wilayah Bahagian Pantai Timur Etiqa Takaful, Muhammad Nurawi Abdul Rashid.

Bagi Abdullah Sulaiman, 66, pula, pukat nelayan sering mengalami kerosakan akibat dilanggar bot pukat tunda sehingga memaksa mereka menukar peralatan itu dua hingga tiga kali setahun.

“Dalam setahun kadang-kadang dua tiga kali kena ganti pukat. Bila harga mahal, memang terasa beban. Bantuan seperti ini sedikit sebanyak meringankan kami yang hidup kais pagi makan pagi,” katanya.

Sementara itu, Zawahir Abdullah berkata IAM bersama Etiqa Takaful telah membelanjakan hampir RM2 juta bagi membeli kelengkapan untuk membantu lebih 1,500 nelayan di seluruh negara.

“Untuk tahun ini, Kelantan menjadi negeri ketiga selepas Perak dan Pahang yang menerima bantuan kelengkapan nelayan,” katanya.

Beliau menambah, harga pukat yang tinggi sememangnya menjadi cabaran utama nelayan meskipun kerajaan telah menyediakan subsidi dan bantuan musim tengkujuh.



“Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban serta mengukir senyuman dalam kalangan nelayan pesisir pantai,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan