Lelaki 42 tahun kembali jual dadah selepas beberapa bulan keluar penjara

PASIR MAS – Pasukan dari Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah selepas menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dalam satu serbuan di Jalan Kedai Lama, Rantau Panjang, awal pagi rabu.

Dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan yang dijalankan sekitar jam 12.30 tengah malam itu, polis menemukan 19 biji pil yaba yang disembunyikan di bahagian belakang rumah suspek.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai kembali terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah selepas dibebaskan dari penjara beberapa bulan lalu.

Suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.



Ujian saringan awal turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan