Kelantan siap sedia hadapi Monsun Timur Laut bermula November ini

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menambah jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada 468 lokasi bagi menghadapi Musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, berbanding 459 PPS pada tahun lalu.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Rohani Ibrahim, berkata langkah itu diambil hasil pengalaman banjir besar tahun lalu yang menyaksikan lebih 120,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS di seluruh negeri — jauh lebih tinggi berbanding sekitar 40,000 mangsa pada tahun sebelumnya.

“Berdasarkan pengalaman lepas, kami perlu menambah baik aspek kesiapsiagaan. Oleh itu, jumlah PPS ditambah kepada 468 lokasi, manakala pangkalan operasi hadapan turut ditambah termasuk di daerah Kuala Krai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Penyelarasan dan Kesiapsiagaan Kebajikan Monsun Timur Laut 2025/2026 di sebuah hotel di Tunjong, di sini, pada Selasa.

Menurutnya, tambahan PPS itu membabitkan enam daerah, termasuk kawasan berisiko banjir buruk di Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat, manakala pangkalan operasi hadapan turut ditambah daripada 160 kepada 180 lokasi.

Rohani berkata, persediaan rapi dilakukan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Tanah dan Jajahan, Jabatan Pendidikan Negeri, serta agensi lain bagi memastikan PPS lengkap dan berfungsi sepenuhnya sebelum hujan lebat dijangka bermula November ini.

“Kami mahu pastikan tandas berfungsi, tempat makan selesa, dapur boleh digunakan dan kemudahan asas mencukupi. Jabatan Pendidikan Negeri juga memberi jaminan bahawa sekolah-sekolah berdaftar sebagai PPS boleh digunakan apabila diperlukan,” ujarnya.



Dalam masa sama, Rohani mengingatkan semua pihak agar mengelakkan unsur politik di PPS dan menumpukan sepenuhnya kepada tanggungjawab kemanusiaan.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan