Kejuaraan lumba bot kembali warnai Sungai Kelantan minggu ini

KOTA BHARU – Pertandingan Kelantan Boat Race 4.0 bakal berlangsung dengan lebih meriah di Tambatan D’Raja Kota Bharu pada 10 dan 11 Oktober ini, sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025.

Acara dua hari itu dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Malaysian Association of Youth Clubs (MAYC) Kelantan.

Perlumbaan akan bermula seawal 8.30 pagi hingga 4.00 petang, menampilkan empat kategori utama iaitu Cartopper Suzuki 15HP, Enjin Galah Honda GX390, Scamper 40/50HP dan Topper 15/18HP.

Menurut penganjur, edisi kali ini dijangka menarik penyertaan ramai pelumba tempatan dan luar Kelantan selain menjanjikan saingan sengit serta suasana lebih meriah berbanding penganjuran sebelumnya.

Bagi hari pertama (Jumaat, 10 Oktober), acara akan dimulakan dengan saringan bagi kategori Enjin Galah dan Topper 15HP sebelum diteruskan dengan perlumbaan Cartopper Suzuki 15HP.



Manakala hari kedua (Sabtu, 11 Oktober) akan menyaksikan perlumbaan akhir bagi semua kategori serta majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Kelantan Boat Race 4.0 2025 Poster



Penganjur menjemput orang ramai hadir ke Tambatan D’Raja Kota Bharu untuk menyaksikan sendiri kehangatan dan kemeriahan perlumbaan sambil menyokong usaha memperkasakan sukan air di negeri ini.

#KelantanDaily

Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

727 barangan, kereta mewah milik Datuk Seri Vida akan dilelong
|
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Proses lelongan membabitkan kereta…
Polis terima beberapa maklumat baharu, siasatan kes Wan Ahmad Faris disegerakan
|
KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan…
32 kes kecurian kabel ECRL direkodkan melibatkan kerugian lebih RM3 juta
|
MARAN, 14 Okt – Sebanyak 32 kes kecurian kabel…
KPDN Kelantan dedah ‘anok-beranok’ jadi dalang sindiket seleweng diesel
|
KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…
SMK Panggung Jaya, Gua Musang bukti kehebatan di kejohanan robot antarabangsa
|
JAKARTA – Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya,…
Pelajar SMK Dato’ Ahmad Maher cipta ‘Colorguard’ kesan pewarna tiruan
|
BACHOK – Tiga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan…
Jawatan Kosong Kelantan