Kuala Krai johan kereta berhias pada sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V

KOTA BHARU – Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) muncul juara Pertandingan Perarakan Kereta Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-56 selepas menampilkan rekaan kreatif bertemakan Bandar Dalam Taman.

Kereta berhias dengan motif ikonik Kuala Krai seperti Jambatan Gantung Sultan Ismail, Mini Zoo Kuala Krai dan Tembikar Mambong melayakkan MDKK membawa pulang hadiah RM5,000, piala kejuaraan dan sijil penghargaan.

Pertandingan Perarakan Kereta Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-56
Kereta Berhias Majlis Daerah Tanah Merah (Naib Johan)



Naib johan disandang Majlis Daerah Tanah Merah (MDT) dengan hadiah RM3,000, manakala tempat ketiga dimenangi Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK) yang menerima RM2,000.

Pertandingan Perarakan Kereta Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-56
Kereta Berhias Majlis Daerah Ketereh (Tempat Ketiga)



Beca berhias meriahkan suasana

Kategori beca berhias turut mencuri perhatian apabila Hotel Jewels dinobatkan johan dengan hadiah RM1,000. Hotel Perdana di tempat kedua (RM700) dan Hotel Renai di tempat ketiga (RM500).

Acara penuh warna-warni itu menarik puluhan ribu rakyat Kelantan yang membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV bagi menyaksikan 18 kereta berhias dan 10 beca berhias yang berarak dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menuju stadium bermula jam 8 malam.

Keberangkatan Sultan Muhammad V

Turut berangkat menyaksikan acara ialah KDYMM Sultan Muhammad V, Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Kelantan, Sahibul Samahah YB Dato' Kaya Perba Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad, sebelum perarakan dibuka dengan segmen Adat Istiadat Diraja melibatkan pasukan istiadat, gajah, hulubalang serta 56 ekor kuda bersama 56 rakyat jelata sebagai simbol usia keputeraan Baginda.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud, kepimpinan kerajaan negeri, ketua jabatan dan pembesar negeri.

#KelantanDaily
Sumber: Media Point

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!