AKSB terima RM75 juta naik taraf infrastruktur air Kelantan

Bekalan air di Kelantan bakal melalui satu lagi fasa penambahbaikan besar selepas Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menerima peruntukan RM75 juta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Menurut Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Saizol Ismail, peruntukan itu digunakan untuk membina Loji Rawatan Air Sungai Pengkalan Nangka di Tumpat, yang mampu membekalkan 30 juta liter air sehari apabila siap.

Projek ini dijangka siap pada 2029. Tapak loji telah pun siap dan sehingga Nov lalu ia berada di peringkat reka bentuk oleh perunding, selain proses pengambilan tanah oleh pejabat tanah dan galian sedang berjalan,” katanya ketika lawatan kerja ke tapak telaga tiub di Kampung Laut hari ini.

Saizol turut memaklumkan bahawa isu bekalan dan kualiti air melibatkan 500 akaun pengguna di Kepulauan Tumpat kini telah selesai sepenuhnya selepas pembinaan dua unit telaga dan satu unit penapis tekanan.

Projek yang bermula 15 Ogos dan siap pada November itu memberi kesan kepada penduduk di Kampung Pulau Seratus, Kampung Pulau Beluru, Pulau Besar, Sungai Pinang dan kawasan sekitar.

Namun, masih terdapat 100 akaun pengguna di Kampung Teluk Renjuna yang belum menikmati tekanan air mencukupi.

Kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk memasang pam booster bagi meningkatkan tekanan pada penapis sedia ada. Pam ini dijangka siap menjelang pertengahan tahun depan,” katanya.

Saizol turut berkongsi bahawa penapis tekanan yang dipasang bukan sekadar menstabilkan aliran air, tetapi turut meningkatkan kualiti air secara ketara.



Ujian menunjukkan kadar kekeruhan menurun kepada 1.64 berbanding 61.7 sebelum ini sekali gus memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia yang menetapkan bacaan kurang daripada 5.0. Bacaan pH juga meningkat daripada 5.831 kepada 8.711,” katanya.

Sumber: Bernama

TERKINI

Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir
|
Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa…
Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Dilabel MP Rohingya, Ahli Parlimen Pasir Mas Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
|
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari memaklumkan akan mengambil…
Anak 15 Tahun Terpaksa Cuci Kereta Demi Beli Beras Untuk Ibu Dan Empat Adik Di Pasir Mas
|
Kisah seorang remaja berusia 15 tahun yang terpaksa mencuci…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!