ECERDC pacu ekonomi Kelantan dengan pelaburan RM1.12 bilion

KOTA BHARU – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) terus memperkukuh pertumbuhan ekonomi di Kelantan dengan merealisasikan pelaburan berjumlah RM1.12 bilion setakat September 2025, dengan sektor pembuatan menjadi penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negeri.

ECERDC dalam satu kenyataan berkata, selain itu pelaburan komited berjumlah RM736 juta yang melibatkan sektor pertanian, perkhidmatan dan industri dijangka dapat menjana lebih 1,300 peluang pekerjaan baharu apabila realisasinya selesai kelak.

“Projek Jambatan Palekbang–Kota Bharu kekal sebagai salah satu inisiatif transformasi utama yang dilaksanakan oleh ECERDC di Kelantan. Setelah siap dibina nanti, jambatan ini akan memperkukuh ketersambungan jalan raya antara Kota Bharu dan Tumpat, mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar serta membuka laluan pelaburan baharu di daerah utara Kelantan.

“Infrastruktur strategik ini dijangka merancakkan aktiviti perdagangan, logistik dan pelancongan tempatan sekali gus menjadi pemangkin utama kepada fasa pertumbuhan ekonomi seterusnya dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER),” jelas ECERDC.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan ECERDC memainkan peranan penting dalam merangka pelan pembangunan jangka panjang serta pembangunan serantau.

“Kerajaan negeri akan memastikan setiap inisiatif sama ada dari segi pembangunan infrastruktur mahupun fasilitasi pelaburan berjalan seiring dengan keutamaan pembangunan negeri.

“Perkongsian strategik ini membolehkan kerajaan negeri menyokong projek berimpak tinggi yang memperkukuh sektor ekonomi utama, membuka peluang pekerjaan berkualiti serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Melalui perancangan dan pembangunan lestari yang rapi, kami jelas menzahirkan hala tuju untuk menjadikan Kelantan lebih kompetitif dan berdaya tahan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat.

Baidzawi berkata, momentum pembangunan di Kelantan yang semakin meningkat mencerminkan keyakinan kukuh pelabur dan pihak berkepentingan terhadap potensi negeri untuk berkembang dalam jangka masa panjang.

“Projek-projek infrastruktur utama seperti Jambatan Palekbang–Kota Bharu yang kini telah mencapai tahap 22 peratus siap, serta sambungan pengangkutan utama seperti Laluan Rel Pantai Timur akan memperbaiki kesalinghubungan dan mengukuhkan kedudukan Kelantan dalam koridor ekonomi serantau.

“Projek-projek pemangkin ini diharap dapat membuka laluan pelaburan baharu, menggerakkan pertumbuhan industri dan pelancongan serta memperbaiki kualiti hidup komuniti setempat.



“ECERDC komited untuk terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri serta agensi persekutuan bagi memastikan pembangunan ini memberi impak menyeluruh dan lestari kepada warga Kelantan,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

Ahli Parlimen Machang Dipecat Bersatu Berkuat Kuasa Serta-Merta
|
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal…
Media Dedahkan Anggaran Gaji Dan Pegangan Saham Azam Baki
|
Isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…
Wanita Hamil Tujuh Bulan Maut Dihentak Suami Guna Lesung Batu
|
Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya…
MB Kelantan Bertemu PM Di Putrajaya Perkukuh Kerjasama Negeri–Persekutuan
|
Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud mengadakan pertemuan bersama…
Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Ditetapkan Pada Selasa, 17 Februari
|
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan ibadah…
Peniaga Bazar Ramadan Tidak Pamer Harga Berdepan Tindakan Dalam 24 Jam -KPDN
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan