Disyaki seleweng petrol bersubsidi, stesen minyak di Wakaf Bharu disiasat

TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeleweng petrol bersubsidi dalam dua serbuan berasingan di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu, pada Isnin, dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM5,312.

Menurut KPDN Kelantan, operasi dijalankan pada jam 11.50 pagi oleh pasukan penguat kuasa negeri hasil risikan di kawasan bersempadan yang sering dijadikan lokasi penyeludupan bahan api bersubsidi.

Dalam serbuan pertama, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan selepas dikesan mengisi petrol ke dalam tangki sebuah Proton Iswara yang telah diubah suai.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 90 liter petrol di dalam tangki serta tiga tong plastik tambahan berisi 30 liter petrol.

Nilai sitaan bagi kes terbabit dianggarkan RM312, manakala kenderaan digunakan bernilai RM5,000,” kata jurucakap KPDN.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.

Dalam serbuan kedua di lokasi sama, pihak pengurusan stesen minyak turut disiasat selepas didapati melakukan pelanggaran arahan pengawal apabila melakukan jualan berulang terhadap kenderaan sama, melanggar syarat lesen pengendalian serta arahan pengawal bekalan.

KPDN turut merampas beberapa dokumen penting termasuk salinan lesen CSA, PDA, SSM, PBT, buku stok dan rekod jual beli bagi membantu siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 12(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.



KPDN menegaskan pihaknya akan terus memperhebat pemantauan dan tindakan tegas terhadap sebarang cubaan penyalahgunaan barang kawalan bersubsidi, terutamanya di kawasan sempadan negeri.

#KelantanDaily
Sumber: Unit Media KPDN Kelantan

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!