PGA rampas 2,050 kg beras seludup di sebuah pengkalan haram Pasir Mas

PGA Rampas 2,050 Kg Beras Seludup di Pasir Mas

PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 berjaya menggagalkan cubaan menyeludup beras dari Thailand dalam operasi Op Taring WAWASAN Kelantan di Pengkalan Haram Mat Yeh, di sini pada ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, anggota PGA yang sedang melakukan rondaan mengesan sekumpulan lelaki sedang memindahkan guni beras dari perahu ke tebing sungai.

Bagaimanapun, semua suspek bertindak melarikan diri menaiki perahu ke Thailand sebaik menyedari kehadiran polis.

Pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 2,050 kilogram beras putih dipercayai dibawa masuk dari Thailand untuk dijual di pasaran tempatan. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM8,200.

Kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada Agensi Kawal Selia Padi dan Beras Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) 1994.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!