Banjir kilat terburuk dalam 12 tahun landa Taman Agropolitan Rantau Manis

GUA MUSANG – Penduduk Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini, menyifatkan banjir kilat yang melanda semalam sebagai yang terburuk dalam tempoh 12 tahun, lapor Berita Harian.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam semalam, empat rumah di petempatan itu terjejas susulan hujan lebat berterusan selama tiga jam.

Penduduk, Che Rosri Che Rahim, 45, berkata kejadian semalam adalah yang kelima sejak dia tinggal di kawasan terbabit pada 2013.

“Kerana pengalaman lepas, saya meninggikan bahagian dapur dan membina ruang tamu rumah baharu yang lebih tinggi daripada asal.

Namun banjir kilat semalam menyaksikan air masuk ke bahagian bilik tidur separas paha, di dapur pula separas lutut. Air turut melimpah ke kawasan ruang tamu yang sudah saya tinggikan di paras permukaan.

Ini banjir kilat terburuk sejak saya dan keluarga tinggal di sini pada 2013 dan yang kelima kami alami,” katanya.

Isterinya, Yah Omar, 43, berkata kejadian berlaku terlalu pantas dan mereka tidak sempat menyelamatkan beberapa barangan elektrik sehingga menyebabkan kerosakan.

“Walaupun sudah berwaspada dan berjaga-jaga, air banjir datang dari sungai berhampiran terlalu cepat masuk ke dalam rumah.

Hujan lebat berterusan selama satu jam sejak 7.30 malam tadi menyebabkan banjir kilat.

Walaupun sering memantau paras air, kejadian terlalu pantas dan banyak barangan elektrik yang rosak sehingga menyebabkan kerugian.

Kami sudah terbiasa dengan situasi banjir kilat ini dan reda dengan ketentuan Allah yang memberikan ujian ini, namun berharap ada usaha untuk membesarkan sungai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah ini,” katanya.



Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, berkata empat rumah terjejas teruk akibat banjir kilat yang melibatkan kira-kira 27 mangsa, dengan laporan awal sudah dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!