Lelaki Indonesia tular pasang Jalur Gemilang di Kelantan

KOTA BHARU – Seorang lelaki Indonesia yang memasang bendera Jalur Gemilang di Kelantan sempena Hari Kebangsaan ke-68 mencuri tumpuan warga maya.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok Nijarrslsaa, lelaki berkenaan berdiri di atas tembok pagar sambil mengikat bendera.

"Bolehkah aku sebagai orang Indonesia ikut mengibar dan merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia? Selamat Hari Merdeka Malaysia," katanya.

Dia juga mendoakan agar Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera.

Sementara itu, di ruangan komen seorang pengguna akaun @claraa turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana menjadi cahaya kepada keluarga rakyat Indonesia di kampung.

"Terima kasih juga kerana negara ini kami turut merasakan kesejahteraan, kami hanyalah orang luar yang ingin merasakan keamanan sementara," katanya.

Selain itu, rata-rata akaun pengguna media sosial dari negara ini turut mendoakan kesejahteraan republik itu yang kini berdepan dengan rusuhan.

"Kalian sibuk sangat ke berjuang sampai kami sudah tiada kawan gaduh di media sosial. Cepat sembuh ya Indonesia," tulis My Master.

Awal bulan lalu, media tempatan melaporkan ahli Parlimen Indonesia menerima bayaran melebihi 100 juta rupiah (RM25,680) sebulan termasuk elaun perumahan, jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding purata pendapatan bulanan rakyat negara itu iaitu 3.1 juta rupiah (RM770).

Tunjuk perasaan di beberapa daerah di Indonesia sebelum ini mencetuskan provokasi besar-besaran sehingga menyebabkan beberapa infrastruktur awam musnah.

Pada masa sama, berlaku penjarahan rumah beberapa individu termasuk rumah penting di negara itu termasuk anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Ahmad Sahroni di Tanjung Priok, Jakarta Utara yang dimasuki orang ramai pada Sabtu. –SinarHarian #KelantanDaily

TERKINI

Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Sejarah Tercipta! Aliff Rakib Raih Gelaran Dunia Pertama Malaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!