Laluan utama Gerik ke Pasir Puteh ditutup sementara sempena Le Tour de Langkawi 2025

KOTA BHARU – Orang ramai diingatkan supaya merancang perjalanan lebih awal susulan penutupan jalan sementara di beberapa laluan utama di Kelantan pada 30 September 2025 (Selasa) bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 Peringkat 3.

Acara berbasikal berprestij itu akan bermula dari Gerik, Perak sebelum berakhir di Pasir Puteh, Kelantan, dengan kayuhan melalui beberapa daerah termasuk Jeli, Bukit Bunga, Tanah Merah dan Machang.

Menurut jadual yang dikeluarkan penganjur, pelumba dijangka melalui kawasan berikut:

  • Gerik (Jalan Mat Saman Utama) – 11.00 pagi
  • Sri Banding – 11.51 pagi
  • Puncak Titiwangsa – 12.48 tengah hari
  • Jeli – 1.02 petang
  • Bukit Bunga – 2.26 petang
  • Machang – 3.20 petang
  • Pasir Puteh (garisan penamat) – 3.57 petang

Sepanjang tempoh itu, pihak polis akan melaksanakan penutupan jalan sepenuhnya di laluan terlibat tanpa laluan alternatif disediakan.

Orang ramai diminta mematuhi arahan pegawai trafik yang bertugas demi kelancaran acara dan keselamatan pengguna jalan raya.


#KelantanDaily

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!