Kelantan negeri kedua miliki Mahkamah Teknologi Syariah

KOTA BHARU – Kelantan menjadi negeri kedua selepas Sarawak yang memiliki kemudahan Mahkamah Teknologi Syariah, membolehkan prosiding perbicaraan kes mal dijalankan secara dalam talian, lapor Utusan

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Ibrahim Deris, berkata langkah itu selari dengan tuntutan era digital yang memerlukan sistem kehakiman Syariah bergerak seiring perkembangan teknologi maklumat.

Menurutnya, penggunaan teknologi ini mendapat kelulusan Mesyuarat Jamaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Bilangan 2 Tahun 2021, yang memberikan panduan jelas mengenai penggunaan komunikasi jarak jauh dalam prosiding.

“Prosiding atas talian hanya dibenarkan bagi kes-kes mal sahaja, manakala kes jenayah Syariah tetap perlu dijalankan secara fizikal. Ini penting bagi menjaga tatacara kehakiman dan kedudukan hukum,” katanya pada sidang media selepas perasmian Dewan Mahkamah Teknologi Syariah di Kompleks Mahkamah Syariah Kelantan, di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud.

Ibrahim berkata, kemudahan itu juga membantu pihak yang berhalangan hadir secara fizikal atas faktor kesihatan atau jarak, sekali gus mempercepatkan proses perbicaraan.

“Jika dokumentasi lengkap, sesuatu kes boleh diselesaikan dalam tempoh dua hari sahaja. Inisiatif ini juga sejajar aspirasi kerajaan negeri untuk memperkasakan sistem perundangan Syariah serta meningkatkan mutu perkhidmatan awam,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Utusan

TERKINI

APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!