Amalan membaca rakyat Kelantan antara yang terendah di Malaysia

TUMPAT – Sebanyak 85.4 peratus daripada 6,152 responden di Kelantan dilaporkan mempunyai amalan membaca, menjadikan negeri ini antara tiga negeri terendah dalam Kajian Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023 yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur, Ariza Ismail, berkata selain Kelantan, Negeri Sembilan (85.3 peratus, 3,630 responden) dan Sarawak (80.1 peratus, 7,967 responden) turut mencatat kadar rendah.

β€œSelangor mencatatkan kadar tertinggi iaitu 92.7 peratus daripada 20,472 responden,” katanya ketika ditemui pada Program Kembara Majalah Dalam Kelas (MDK) yang dirasmikan Pengarah Mara Kelantan, Zahrail Affenday Mohamed, di MRSM Tumpat hari ini.

Kajian membabitkan 100,848 responden dari 14 negeri itu turut mendapati rakyat Malaysia membaca purata 24 naskhah setahun pada 2024, dengan pecahan 16 bahan bercetak dan lapan bahan digital, berbanding hanya 15 naskhah pada 2014.

Ariza berkata, peningkatan itu sejajar sasaran 40 buku setahun menjelang 2030 melalui Program Dekad Membaca Kebangsaan (DMK).

Beliau menambah, pelbagai program telah dan akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran berkenaan, termasuk Kembara MDK di sekolah-sekolah serta kerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memanfaatkan bahan bacaan terbitan DBP dalam pengajaran dan pembelajaran.

Katanya lagi, bahan bacaan bercetak DBP, khususnya majalah, masih mendapat sambutan baik terutama dalam kalangan golongan dewasa meskipun perkembangan pesat bahan bacaan digital.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

BACA JUGA: Rakyat Kelantan catat kadar celik kewangan terendah di Malaysia – KWSP

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!