Ahli majlis PBT Kelantan tolak rasuah

KOTA BHARU – Seramai 300 Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan menyertai Simposium Ahli Majlis PBT yang berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan di sini semalam.


Program anjuran PBT dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan itu dilaksanakan bagi memperkukuh budaya integriti serta meningkatkan kesedaran berhubung usaha membanteras rasuah di peringkat pentadbiran tempatan.


Dalam majlis tersebut, Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan telah menyatakan komitmen untuk memperkemaskan tadbir urus dalaman, khususnya dalam menangani isu konflik kepentingan melibatkan urusan perolehan di pihak berkuasa tempatan.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kelantan telah dijemput untuk menyampaikan taklimat integriti dan antirasuah bertemakan “Tolak Rasuah, Perkasa Tadbir Urus PBT” oleh Ketua Cawangan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Kelantan, Wan Siti Junaida Ismail.


Beliau dalam taklimatnya menerangkan konsep hadiah pemberian atau penerimaan hadiah yang mana boleh diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah rasuah apabila ianya ada hubungan dengan kepentingan dalam tugas rasmi.


Katanya, kepentingan pematuhan dalam tatacara kerja adalah bagi memastikan tadbir urus sesebuah jabatan teratur dan tiada kelompangan yang membuka ruang serta peluang kepada berlakunya rasuah.


“Rasuah adalah perbuatan haram yang merosakkan diri, masyarakat serta negara. Semua pihak perlu menjauhi amalan ini dan kembali bertaubat sebelum terlambat,” katanya.


Turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah bersama Timbalan Exco, Datuk Abd Rahman Yunus; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Ahmad Adlee Yasin; serta Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan, Nor Sheri Erani Abdullah. –#KelantanDaily


Sumber: Bernama

TERKINI

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!